Najib mempolitik isu SOP Fun Ride untuk kejar rating tonton FB

15 Mac, SHAH ALAM: Setiausaha Penggerak Negeri Selangor, Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee membidas mantan Perdana Menteri, Najib Razak yang dianggap sengaja mempolitik isu SOP program Fun Ride melibatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin semata-mata mengejar rating tontonan FB.

“Untuk makluman, program ini diadakan sempena beriadah norma baharu, yang sudah pasti wajib menepati norma-norma baharu dengan mematuhi SOP PKPB.” jelas Shazlee.

Shazlee turut menjelaskan program ini juga bukan bersifat kejohanan atau pertandingan. Kayuhan dijalankan melibatkan staff SWCorp dan penjawat awam sahaja.

Selain kempen riadah norma baharu turut dianjurkan kempen menjaga kebersihan diri di tempat awam bagi mengelak gejala Covid-19 menular.

“Sekiranya Najib Razak benar-benar mengambil perhatian berkaitan isu ini, sepatutnya beliau tidak menjadi ‘pelawak’ murahan meraih perhatian netizen Facebook dan memberikan gambaran salah seolah-olah setiap SOP tidak dilaksanakan, semata-mata ingin mengejar rating tontonan tinggi.” bidas Shazlee.

“Pengguna media sosial terus dipermainkan oleh bakal pesalah rasuah konon mengambil berat isu SOP.

“YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin adalah menteri yang fokus melaksanakan kempen pencegahan Covid-19 secara berterusan dengan pelbagai inisiatif.” kata Shazlee.

Namun sesuatu yang malang apabila Kluster Mahkamah giat terus menyerang semata-mata untuk melepaskan diri mereka. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: