Alkisah segerombolan pengkritik Akta Berita Palsu

Oleh: Ahmad Roi

Paling tak ‘syok’ jadi kerajaan ialah sebagus mana pun tetap akan dikritik, apatah lagi dalam sebuah negara demokrasi.

Baru-baru ini, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikritik lagi. Kali ini dari sekumpulan pejuang hak kebebasan bersuara.

Sebagai fighter hak asasi macam Mandela, Gandhi atau Nawal Saadawi, gerombolan pejuang ini tak puas hati apabila kerajaan memperkenalkan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No. 2) 2021.

Ordinan ini memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali kepada penyebar berita tidak benar.

“Berita palsu harus ditangani dengan fakta, bukan akta” tertera atas kain rentang dalam satu tunjuk perasaan pejuang hak asasi berkenaan akta tersebut.

PROHAM, salah satu NGO Hak Asasi Manusia berpendapat “Ordinan berita palsu yang diperkenalkan tanpa melalui sidang parlimen boleh memberi kesan terhadap prosedur jenayah sedia ada dan melanggar hak individu mendapatkan perbicaraan yang adil”.

NGO Hak Asasi seperti Human Rights Watch pula menggesa kerajaan menarik balik ordinan tersebut kerana ia akan menghalang perbincangan mengenai COVID-19 dan pengisytiharan darurat dalam kalangan rakyat biasa.

Roi salut semangat mereka memperjuangkan kebebasan bersuara. Kalaulah Voltaire, revolusioner bujang dari Paris masih hidup, sebak melihat perjuangnnya masih diteruskan.

Tapi, tanah air ini bukan Paris abad ke 17. Segerombolan pejuang ini perlu tahu, di sini ialah Malaysia 2021 – negara yang sedang cedera ekonominya dan berperang dengan wabak.

Dalam perang, demokrasi tak boleh berfungsi – pendapat orang ramai yang mempunyai pelbagai kepentingan tidak terpakai dalam perang. Kematian tidak bersandarkan peratusan.

Lebih mencabar, ini bukan perang biasa. Perang 2020 bukan perang gerila macam Vietnam – U.S tahun 1955. Waktu itu boleh nampak yang mana penjajah, yang mana perwira. Masa itu musuh jelas, sebab itu terowong bawah tanah boleh jadi strategik perang.

Perang COVID-19 umpama bergasak dengan halimunan – musuhnya kita tak nampak.

Sedangkan dalam perang gerila, demokrasi dan kebebasan bersuara tak terpakai, apatah lagi perang baharu yang tidak ada satu negara dalam dunia ini punya pengalaman melawannya.

Dalam perang, kebebasan bersuara perlu dikawal. Seburuk-buruk strategik, adalah strategik yang tidak terlaksanakan.

Dalam perang melawan wabak ini, ledakan berita palsu jadi cabaran untuk kerajaan melaksanakan perancangan mengekang wabak.

Bayangkan, bagaimana kalutnya KKM jika segerombolan makcik mempertahankan hak asasinya untuk bebas daripada dikuarantin akibat degil percayakan COVID-19 boleh dibunuh dengan madu kelulut?

Berita palsu tidak hanya sekadar maklumat, di waktu perang, berita palsu lebih berpotensi mencetuskan panik.

Bayangkan betapa kecut perut penduduk Sungai Buluh pada fasa awal PKP apabila tersebarnya berita Hospital Sungai Buluh terpaksa ditutup kerana lebih separuh kakitangannya positif COVID-19.

Akibat berita ini, berbondong-bondong warga sekitar Sungai Buloh pulang ke kampung – meningkatkan lagi risiko penularan wabak tersebut.

Berita palsu yang mengundang gundah nan resah turut menyumbang kepada tekanan emosi masyarakat hingga data menunjukkan seramai 1354 rakyat Malaysia mengalami tekanan mental.

Malahan, WHO menunjukkan penyeberan berita palsu berkenaan COVID-19 meningkatkan sentimen perkauman dalam masyarakat apabila melibatkan kluster dari kelompok sesuatu kaum.

Di Amerika Syarikat, dikhabarkan seorang rakyatnya meninggal dunia selepas mengambil sejenis chloroquine yang digunakan untuk membersihkan tangki ikan, kerana dipengaruhi berita mengatakan cecair itu boleh mengubati COVID-19.

Dianggarkan kira-kira 800 orang di seluruh dunia dilaporkan meninggal dunia akibat berita palsu berkaitan COVID-19 seperti mengambil ‘ubat’ mengandungi methanol atau bahan peluntur.

Jelas, untuk menang menentang COVID-19, berita palsu perlu dilenyapkan. Setiap maklumat yang sampai kepada masyarakat perlu disaring dan dipastikan sahih kerana kepatuhan dan kesepakatan kita menentukan wabak ini terus menular atau berjaya dikekang.

Kajian Institute of Strategic and International Studies (ISIS) menunjukkan 70 peratus daripada 363 berita palsu berkaitan tindakan kerajaan dalam menangani COVID-19 dan penularan virus dalam kalangan komuniti.

Setakat hari ini, sebanyak 287 kertas siasatan dibuka oleh PDRM serta SKMM berhubung kes berita palsu COVID-19, 16 daripadanya ialah berita palsu berkaitan proklamasi darurat.

Kata Menteri KKMM, Saifuddin Abdullah – sebelum penggubalan ordinan darurat, SKMM tiada kuasa untuk mengarahkan mana-mana individu untuk menarik balik sebarang berita atau kenyataan yang disebarkan dalam aplikasi WhatsApp.

“Selama ini kami menafi, tetapi berita palsu terus berleluasa, justeru ordinan darurat ini mampu menjadi penghalang supaya penguatkuasaan dapat dilaksanakan”

Tambah Saifuddin lagi, kita tidak boleh gagal perang ini kerana gangguan berita palsu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: