PKN Hulu Langat bentuk pasukan bola sepak, aktifkan penglibatan sukan komuniti.
17 Mac, SHAH ALAM: Perlawanan bola sepak persahabatan antara Team PKN Hulu Selangor dengan Team Polis Hulu Langat telah berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam malam tadi.
Sebelum memulakan perlawanan, majlis perasmian pasukan bola sepak dan jersi rasmi PKN Hulu Langat telah dilangsungkan yang dihadiri Pengerusi PKN Selangor Tuan Haji Fauzi, Setiausaha PKN Selangor, Shazlee Nazlee dan Bendahari PKN Selangor Tuan Ismail Kamal.



Perlawanan persahabatan sulung antara Team PKN Hulu Langat dan Team Polis Hulu Langat dimulakan dengan penyerahan jersi pasukan kepada setiap pemain.
Pembentukan pasukan bola sepak ini adalah suatu langkah strategik PKN bagi memperkasakan komuniti melalui sukan seiring dengan Dasar Komuniti Negara. _PPI