Menteri KPKT lulus peruntukan RM1.5 juta cat semula Pangsapuri Kenanga di Puchong
19 Mac, PUCHONG: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi mengecat struktur bangunan Pangsapuri Kenanga di Putra Perdana, Puchong hari ini.
Beliau bersama deligasi kerja KPKT telah melawat ke lokasi untuk meninjau keadaan pangsapuri tersebut.


Selain itu, sejumlah peruntukan bernilai RM600,000 bagi membaiki jalanraya yang rosak di dalam kawasan pangsapuri ini menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut diumumkan oleh Zuraida.
“Saya berharap komuniti di pangsapuri melibatkan diri secara aktif dalam pengurusan dan penyelenggaraan harta bersama yang merupakan sebahagian daripada tempat tinggal mereka selaras dengan Dasar Komuniti Negara.” kata Zuraida yang dipetik melalui page rasmi FB beliau. _PPI
Sumber gambar: FB Page Zuraida Kamaruddin