Usahasama GD Holdings-Majlis Bandaraya Seremban wujudkan tapak Bazar Ramadan Bandar Baru Nilai

19 Mac, NILAI: Syarikat GD Holdings Sdn. Bhd. telah mempergiatkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui penyerahan kawasan lapang berhampiran Galeri Jualan Bandar Wawasan di Bandar Baru Nilai tanpa dikenakan sebarang Fi atau bayaran kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk dijadikan Tapak Penganjuran Bazar Ramadan yang akan diuruskan sepenuhnya oleh MBS.

Hasil usaha yang digerakkan oleh Rosman Jonet, Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan melalui beberapa siri perbincangan dan mengambil inisiatif dengan menjalinkan kolaborasi strategik bersama syarikat swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Langkah ini untuk membantu peniaga yang terjejas sumber pendapatan akibat dari wabak Covid-19 dan kesan PKP bagi menjana pendapatan dengan menjalankan pelbagai urusniaga sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Ia juga sebagai salah satu usaha pemulihan ekonomi komuniti setempat di dalam Daerah Seremban khususnya Nilai.

Tapak Bazar Ramadan ini mempunyai tahap keluasan memuaskan sesuai dengan keperluan mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) dengan mengambil kira beberapa aspek termasuk keperluan penjarakan fizikal dan kemudahan tempat meletakkan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan orang ramai dan lalulintas.

Turut hadir pada majlis serahan tapak tersebut adalah Dato’ Haji Zazali Salehudin, Datuk Bandar MBS, Tuan Mas Midyawan, Setiausaha MBS, Dato’ Sri David Yeat, Pengerusi Eksekutif GD Holdings, Encik Dennis Kwee, Timbalan Pengarah Urusan GD Holdings serta Pengurusan MBS dan GD Holdings. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: