Yayasan Budi bantu baikpulih prasarana Balai Polis Titi

19 Mac, JELEBU: Yayasan Budi meneruskan program sentuhan masyarakat tempatan Jelebu hari ini di Pekan Titi, Jelebu.

NGO yang dinaungi oleh Tan Sri Rais Yatim merangkap Yang Dipertua Dewan Negara menyantuni masyarakat Cina di Pekan Titi melalui program santai minum petang.

Tan Sri Rais Yatim turut hadir meluangkan masa bersama masyarakat tempatan petang ini.

Kesempatan program hari ini juga, beberapa sumbangan kepada masyarakat tempatan yang memerlukan telah disampaikan oleh Rais bersama beberapa wakil Yayasan Budi. Sumbangan kepada murid-murid cemerlang di Titi turut disampaikan.

Antara wakil-wakil masyarakat setempat yang hadir adalah Tang Jayson, Pengerusi Penggerak Jelebu dan Siow Chee Fan (Yayasan Budi).

Tan Sri Rais juga turun meninjau dan melihat kerja-kerja baik pulih pagar serta rumah kakitangan termasuk prasarana Balai Polis Titi.

Pekan Titi merupakan antara beberapa petempatan utama masyarakat Cina di Jelebu selain Chennah, Sungai Muntoh, Kuala Klawang, Pekan Petaling, Ladang Jelebu, Pertang, Simpang Pertang dan Simpang Durian.

Yayasan Budi telah menjadi platform komunikasi dan memperkasa komuniti yang diasaskan oleh Tan Sri Rais Yatim. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: