Badik Bugis asas evolusi senjata tangan tradisional Tanah Melayu dan Sumatera
Pengaruh Bugis bukan sekadar dalam persuratan dan kesusasteraan Melayu tetapi turut mempengaruhi evolusi senjata tangan Melayu di Tanah Melayu dan Sumatera. Ini penulisan umum menerangkan secara ringkas beberapa senjata Melayu dari Semenanjung Malaysia dan Sumatera.
Beberapa senjata tangan Melayu seperti Badik Lampung, Sewar, Badik Rembau, Badik Kedah dan Golok Perak adalah antara senjata yang terhasil daripada evolusi Badik Luwu.

Secara umum, badik luwu berasal dari Sulawesi, Indonesia. Ia antara senjata tangan yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebenarnya ada beberapa jenis badik yang mengikut wilayah di sana. Ia dibezakan melalui bentuk bilah dan hulu. Cukup sekadar mengetahui secara asas bahawa badik luwu berasal daripada pulau ini. Nama ‘Sulawesi’ itu juga bermaksud ‘besi (wesi) tikam (sula)’.
Berikut adalah gambar beberapa senjata Melayu yang berevolusi daripada badik luwu;





