Politik ‘mengejar angka’ dan penjajaran semula politik

Tiga minggu yang hangat selepas ulangtahun pertama Perikatan Nasional pada 26 Februari lepas, isu politik ‘mengejar angka’ menjadi topik utama berita politik Malaysia.

Dua MP PKR iaitu Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) membuka kejutan dengan mengisytihar diri keluar dari PKR dan menjadi MP bebas menyokong Perikatan Nasional.

Kemudian selang seminggu MP Kuala Langat, Xavier Jayakumar pula mengumumkan perletakan jawatan Naib Presiden PKR dan keluar parti. Beliau juga menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional.

Peristiwa wakil rakyat keluar dan meninggalkan parti kembali melanda PKR. Imbasan pada penggal ke-12 dulu (2008-2013) PKR paling banyak berlaku kejadian lompat. Corak kejadian hampir serupa.

Setelah Anwar dibenarkan bertanding pilihanraya, maka PRK Permatang Pauh dilaksanakan dengan perletakan jawatan Wan Azizah sebagai MP kawasan tersebut. Anwar bertanding dan menang. Lantas Projek 16 September pun mahu digerakkan.

Selepas itu, beberapa wakil rakyat PKR samada parlimen dan dun keluar parti. Kulim Bandar Baharu, Padang Serai, Bayan Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai dan Wangsa Maju menjadi wakil rakyat bebas mesra Barisan Nasional.

Persamaan kejadian ini sangat unik dan boleh dijangkakan kerana Anwar Ibrahim suka mengulang langkah serupa yang sudah boleh dibaca oleh pesaing-pesaing politik. Anwar sinonim sebagai ‘kaki gebang politik’ yang suka mengumumkan sesuatu hal gempar yang kosong. Sudah sedekad beliau mengulangi rentak sama, dan ‘kebijaksanaan’ yang diagungkan oleh para pentaksub beliau sebenarnya adalah ketandusan taktikal politik Anwar.

PKR sudah hilang hulubalang kaliber. Sesuatu yang perlu diakui, penyingkiran Azmin dan Zuraida daripada PKR hanya dapat memuaskan hati pesaing-pesaing dalaman yang mahu menduduki kepimpinan jawatan organisasi. Namun mereka ini tidak ada kaliber dan tanjak kekuatan yang mampu menjadikan PKR kuat.

Orang-orang yang kalah dalam pemilihan parti diangkat menjadi kepimpinan, maka taktikal dan strategi mereka akan kekal menuju kepada kekalahan. Katalah apa sekali pun melalui channel YouTube atau live fb atau wawancara, jika orang kalah yang berkata tanpa muhasabah diri, mereka akan kekal mengulangi rentak sama. Modal mereka adalah ulangan sejarah dan serangan bersifat emosi serta kemarahan. Apa alternatif yang mereka cadangkan untuk pembaikan? Atau masih menawar lagi siaran EPL percuma jika kembali dipilih rakyat?

Penjajaran semula politik muncul selepas khabar angin bahawa akan ada lagi MP PKR bakal keluar parti. Hubungan antara Anwar dan Zahid bukan rahsia. Ia bukan suatu kepelikan politik jika mereka berdua merancang strategi ke arah penjajaran semula politik melibatkan PKR dan Umno. Secara logik politik, usahasama kedua-dua mereka tidak bersalahan dari segi politik demokrasi. Ia langkah strategik bagi memenangi PRU15 nanti.

Hakikat ini jika berlaku, ia mengukuhkan telahan bahawa PKR terpaksa mengakui kekuatan Umno untuk menarik saki baki sokongan Melayu. Maka waktu ini sudah boleh dikecam dan dipertikaikan ‘usaha reformasi’ yang dicanangkan oleh Anwar sejak tahun 1998. Persoalan penting, apakah sebenarnya ini pertempuran peribadi Anwar-Mahathir?

Ia semakin menarik apabila ada tokoh-tokoh politik DAP sudah mengeluarkan kenyataan boleh mengadakan kerjasama dengan Umno. Mereka menyatakan secara jelas DAP hanya ‘bermusuh’ dengan MCA dan Gerakan!

Adalah tidak mustahil kerjasama politik ini berlaku. Sebelum PRU14 pun, tiada siapa yang menduga Mahathir Mohamad boleh duduk semeja dan membentuk muafakat politik dengan Anwar dan DAP.

Banyak ‘ludah politik’ terpaksa dijilat oleh para pentaksub dan pengikut PKR seandainya terjadi langkah penjajaran semula politik PKR-UMNO. Maka tuduhan pengkhianat demokrasi dan kleptokrasi itu kembali berpusing kepada diri mereka sebagai hiporkrasi politik.

Kembali kepada ‘politik mengejar angka’, pengumuman media Anwar boleh dianggap jenaka politik semasa. Ia sudah menjadi kisah gembala kambing dan serigala. Gempar awal tetapi kosong tiada isi. Beliau hanya mahukan tumpuan media. Kegemparan seketika itu menaikkan rating untuk beberapa jam.

Pembangkang terpecah kepada beberapa blok iaitu Pakatan Harapan, Warisan, Pejuang dan PSB.

Warisan, Pejuang dan PSB sendiri jelas kecenderungan sokongan kepada Mahathir Mohamad. Ada matlamat dan pegangan khusus politik tiga parti ini. Agenda mengangkat Mahathir sebagai PM9 juga masih dalam keutamaan.

Pakatan Harapan juga ada matlamat dan agenda utama untuk menaikkan Anwar sebagai PM9.

Anwar memerlukan Zahid, manakala Mahathir mahu Najib dan Zahid dipenjarakan. Apakah titik persefahaman yang hendak dicapai jika mahu membentuk gabungan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: