PN Terengganu bentuk jawatankuasa secara rasmi

22 Mac, KUALA TERENGGANU: Perikatan Nasional (PN) Terengganu telah membentuk jawatankuasa baru secara rasmi yang terdiri daripada kepemimpinan PAS dan Bersatu negeri itu, malam tadi.

Ketua Penerangan PN Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata jawatankuasa itu dipengerusikan Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta dibantu oleh Pengerusi Bersatu Terengganu Razali Idris dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Husain Awang, masing-masing sebagai Naib Pengerusi.

“Alhamdulillah, PN Terengganu telah dapat dibentuk secara rasmi dengan jawatankuasa yang lengkap. Mesyuarat malam tadi dihadiri oleh semua 24 ahli jawatankuasa PN negeri kecuali bendahari iaitu Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid yang kini berada di Sabah.

“Mesyuarat juga telah bersetuju untuk membentuk PN di semua bahagian yang akan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen di semua bahagian kecuali di Besut.

“Diharapkan PN Terengganu akan terus bergerak aktif sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil mesyuarat PN Terengganu kali pertama itu juga bersetuju untuk menjemput Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Terengganu bagi menyertai gabungan politik itu dalam berdepan PRU15 akan datang.

Mengenai status kerjasama PAS dan Umno pula, Wan Sukairi berkata ia masih diteruskan melalui Muafakat Nasional.

-Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: