Usahasama SWCorp-PKN menjayakan Dasar Kebersihan Negara

23 Mac, CYBERJAYA – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Penggerak Komuniti Negara (PKN) bertempat di Dewan Lestari, Ibu Pejabat SWCorp hari ini

MoU telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp. Haji Ismail Mokhtar dan Nor Hizwan bin Ahmad, Pengerusi Penggerak Kamuniti Negara yang telah disaksikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin.

Usahasama strategik ini mewujudkan platform kerjasama antara agensi kerajaan dan PKN selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai 300 ribu keahlian berdaftar seluruh negara.

Jalinan kerjasama ini juga selaras dengan hala tuju Dasar Kebersihan Negara yang telah dilancarkan pada 3 November 2019, dengan matlamat utama menjadikan Malaysia sebagai Negara bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan bagi memastikan kesejahteraan hidup dan kelestarian alam sekitar.

Zuraida juga turut melancarkan Program Mendaya Komuniti yang akan dilaksanakan di 45 lokasi melalui pendekatan daripada komuniti (C2C). Setiap komuniti setempat bertanggungjawab dalam melaksanakan program 3R di kawasan masing-masing dengan kerjasama PKN dan bantuan SWCorp melalui khidmat nasihat, perundingan dan pemantauan.

“Golongan gelandangan di Turki dilibatkan dalam program kitar semula. Ia suatu motivasi kepada saya untuk melaksanakan program kitar semula sebagai sumber pendapatan komuniti.” kata Zuraida semasa ucapan perasmian.

“Mendisiplin komuniti dengan mengakar umbikan budaya mengutip dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Kita perlu membudayakan diri kita untuk cari tong sampah, bukan tong sampah cari kita.” kata Zuraida lagi.

Pelaksanaan Program Mendaya Komuniti melibatkan aktiviti Penjagaan Kebersihan (Plogging/ Gotong Royong), 3R = Sampah ke Tunai, Pasar Kitar Semula, Kumpulan Minyak Terpakai, Berbasikal dan Nilai Makanan Tanpa Sisa, Pendaftaran Sukarelawan Hero Kebersihan dan Rakan SWCorp. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: