“Demi Manfaat Rakyat Malaysia” – Altimet Sumbang Van Untuk Dijadikan Ambulans Mampu Guna

Lama tak dengar cerita mengenai komposer dan penyanyi rap, Altimet bukan ?

Namun siapa sangka dalam diam-diam Altimet sebenarnya sibuk dengan satu projek amal hariah iaitu mengubah suai vannya menjadi ambulans mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Altimer berkongsi rasa terujanya kepada orang ramai kerana van jenis Toyota Hiace yang disumbangkannya kepada Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia sudah hampir siap sepenuhnya.

“Hujung minggu lepas, saya melawat van syarikat saya yang sedang ditukar menjadi ambulans mampu guna untuk orang Malaysia.

“Ya, saya tahu satu ambulans saja kami mampu buat, rakyat Malaysia 30 juta lebih. Tapi, pelan-pelan kayuh.

“Moga kenderaan ini boleh bawa manfaat buat kita semua. Terima kasih semua yang menyumbang, @onenationcentre let’s gooooo!!!! “tulisnya

Menerusi satu lagi perkongsian Altimet turut berkongsi video memperlihatkan keadaan terkini van tersebut yang masih lagi didalam proses ubahsuai.

Menerusi video tersebut Altimet turut memaklumkan kos pengubahsuaian dan kos keperluan perubatan tersebut dibiayai oleh pertubuhan, hasil sumbangan oleh orang ramai.

Usaha rapper tersebut nyata mendapat reaksi positif dari orang ramai yang rata-rata kagum dengan inisiatif berkenaan. Ramai yang turut mendoakan agar urusan Altimet menyiapkan projek berkenaan dipermudahkan. _BUZZ KINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: