Kerajaan proaktif bela nasib rakyat berdepan krisis COVID-19, Azmin.

26 Mac, SHAH ALAM: Menteri Kanan, Dato’ Seri Azmin Ali turun bertemu lebih 500 Ketua-Ketua Jabatan perkhidmatan awam Persekutuan & Negeri sempena Pelancaran Rapat Malaysia Prihatin Peringkat Negeri Selangor pagi tadi.

Dalam pertemuan tersebut, beliau mencerakinkan usaha-usaha proaktif Kerajaan Perikatan Nasional khususnya di Negeri Selangor dalam membela nasib rakyat tatkala negara berdepan krisis COVID-19.

Melalui Inisiatif PRIHATIN, PENJANA dan KITAPRIHATIN, sebanyak RM 11 BILION dimanfaatkan kepada rakyat, peniaga kecil, IKS dan pekerja industri di Negeri Selangor.

Subsidi Upah
RM3.28 bilion dibelanjakan untuk menyelamatkan lebih 662,000 pekerja & lebih 78,000 majikan.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
RM2.83 bilion dibelanjakan untuk membela nasib lebih 1.7 juta rakyat Selangor di kalangan B40 & M40.

Geran Khas Prihatin
Lebih RM532 juta dibelanjakan untuk membantu lebih 177,453 usahawan IKS di Negeri Selangor.

Pinjaman Mikro
Hampir 9,000 peniaga kecil di Selangor diberdayakan dengan pinjaman TEKUN dan BSN bernilai RM136 juta.

Elaun Khas Barisan Hadapan
Lebih 178,000 tuntutan frontliners di Negeri Selangor disantuni dengan perbelanjaan sebanyak RM66.71 juta.

i-Lestari
Sebanyak RM4.01 bilion dimanfaatkan kepada lebih 1 juta penerima di Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: