PM: Kerajaan komited sediakan perumahan mampu milik selesa

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited menyediakan perumahan mampu milik selesa kepada golongan B40 dan miskin bandar, terutamanya di kawasan pesat membangun walaupun berdepan cabaran nilai hartanah yang semakin tinggi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga berhadapan dengan cabaran menjaga kebajikan golongan miskin bandar, terutamanya warga Kuala Lumpur di kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta, serta penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Dalam menyahut cabaran-cabaran yang saya sebutkan ini, baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur.

“Panduan ini bertujuan untuk membangunkan semula kawasan usang dan tidak ekonomik seperti Perumahan Awam Sri Labuan,” katanya pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik Residensi Razakmas2 di sini pada Jumaat.

Muhyiddin berkata, panduan tersebut juga disasarkan supaya kawasan-kawasan tersebut berwajah baharu, ‘vibrant’ dan mampu berdaya saing, sekali gus memperbaiki visual dan meningkatkan nilai hartanah kawasan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: