PeKT Kuala Selangor jalin hubungan baik dengan PDRM
26 Mac, KUALA SELANGOR: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) menjalinkan hubungan baik dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kuala Selangor melalui lawatan ke Ibupejabat Polis Daerah Kuala Selangor.
Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Parlimen Kuala Selangor Dun Bukit Melawati, Shoba Selvarajoo menyampaikan kek dan barangan makanan kepada Ketua Polis Daerah Kuala Selangor (OCPD).


Pegawai khas kepada OCPD Kuala Selangor, Puan Zarita telah menerima sumbangan bagi pihak OCPD. Sumbangan ini adalah sempena sambutan Hari Polis yang ke 214.
Ini adalah antara peranan penting PeKT menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan agensi keselamatan negara.