Sumbangan Prihatin Ramadhan kembali imarahkan masjid dan surau

28 Mac, AMPANG: Setahun selepas pelaksanaan PKP, masjid dan surau kini sudah kembali diimarahkan dengan kedatangan bulan Ramadhan beberapa minggu lagi.

Hari ini lebih menarik dengan berlangsung Majlis Sumbangan Prihatin Ramadhan di Parlimen Ampang.

Dua majlis sumbangan dilangsungkan di Masjid Jami’il Huda Ampang, Kampung Melayu Ampang dan di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Ahli Parlimen Ampang merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin berpeluang beramah mesra bersama ahli kariah surau dan Masjid bersempena Program Jelajah Malaysia Prihatin dan Majlis Sumbangan Prihatin Ramadhan kepada Masjid dan Surau peringkat Dun Bukit Antarabangsa.

Turut hadir adalah YB Mohamed Azmin Ali, Adun Bukit Antarabangsa merangkap Menteri MITI. Manakala di Masjid Bukit Indah turut dihadiri oleh YB Haniza Talha, Adun Lembah Jaya.

Mengambil iktibar kesan kewangan sepanjang PKP di setiap masjid dan surau sejumlah peruntukan RM 440,000 telah disampaikan kepada lima buah masjid dan 39 buah surau di DUN Bukit Antarabangsa.

Manakala sejumlah RM230 ribu peruntukan disumbangkan kepada 20 buah surau dan empat buah masjid dalam Dun Lembah Jaya.

“Semasa PKP pertama, kita masih tidak matang memahami situasi dan pergerakan kita terhad dan terkawal. Namun kita sudah belajar dari pengalaman tersebut, maka apabila PKP kedua dilaksanakan kita sudah matang memahami situasi dan norma baharu.” jelas Zuraida.

“Kita sudah fleksibel dengan pematuhan SOP semasa PKP pertama dan apabila PKP kedua ini kita sudah bersedia untuk memastikan menjaga diri sendiri daripada wabak Covid-19.” kata Zuraida semasa merasmikan majlis sumbangan tersebut di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Beberapa orang nazir masjid terlibat juga melontarkan rasa kesyukuran dengan sumbangan prihatin Ramadhan ini yang dilihat akan kembali mengimarahkan surau dan masjid dalam bulan puasa kali ini.

“Walaupun PKP sebelum ini kita tidak dapat menjalankan aktiviti dan solat berjemaah bulan puasa, tetapi YB Zuraida dan YB Azmin tidak pernah lupa untuk menyalurkan peruntukan masjid-masjid di sekitar Dun Bukit Antarabangsa, moga sumbangan hari ini akan merancakkan kembali aktiviti dan mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadhan kali ini.” kata Haji Hassan Che Kob, nazir Masjid Jami’il Huda Kampung Melayu Ampang.

Haji Hassan Che Kob, Nazir Masjid Jami’il Huda Kampung Melayu Ampang.

Menurut nazir Masjid Ukay Perdana, Ngasri Jaafar sumbangan Prihatin Ramadhan kali ini akan digunakan sepenuhnya bagi program imarah bulan puasa yang tidak dapat dilangsungkan tahun lepas akibat PKP. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: