941 kes positif harian dicatat hari ini
KUALA LUMPUR, 29 March: Setakat jam 12 tengah hari, Malaysia mencatatkan 941 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia 342,885 kes.
Hanya negeri Selangor yang mencatatkan kes positif harian melebihi angka 200 iaitu 219 kes baharu. Manakala tiga lagi negeri mencatat kes positif baharu melebihi angka 100 iaitu Sarawak (192), Johor (171) dan Pulau Pinang (164).
Negeri-negeri lain pula mencatat angka di bawah angka 100 adalah Kuala Lumpur (57), Kelantan (49), Sabah (34), Negeri Sembilan (18) dan Kedah (13). Catatan kes rendah di negeri Melaka (8), Pahang (5), Perak (5), Terengganu (4), Putrajaya (1) dan Labuan (1). Perlis tidak mencatat sebarang kes baharu positif hari ini.
