Kluster Mahkamah dan Kluster Mat Jenin Bergabung

Oleh Hizwan Ahmad

Dalam sebuah forum yang melibatkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan sekutu kuat Presiden UMNO, Datuk Seri Kamal Amir yang berlangsung baru-baru ini , Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut menyebut bahawa terma kluster mahkamah adalah propaganda ciptaan J-KOM.

Beliau kedengaran senada dengan rakan panelisnya sehingga keduanya kedengaran sangat membela UMNO walaupun daripada parti yang berlainan. Umum mengetahui hasrat terpendam Presiden UMNO dan PKR untuk saling menggenggam tangan dan melangkah seiringan namun terbatas dengan tentangan-tentangan dalaman ahli dan anggota parti-parti tersebut serta mungkin dihalang oleh parti komponen masing-masing.

Saya berkenan untuk berkongsi sedikit maklumat dan pandangan dengan Fahmi Fadzil berkenaan beberapa perkara berkaitan agar kemudian nanti kenyataan yang dikeluarkan beliau tidaklah berbunyi terlalu keanak-anakan dan sangat tidak cerdik.

Pertama, J-KOM yang sangat ditakuti dan diserang oleh segenap bala tentera pembangkang sebenarnya belum pun berstruktur atau dilaksanakan sepenuhnya. Hanya pengursan dan pentadbiran sahaja. Jadi ketakutan pembangkang khususnya PKR terhadap J-KOM ini adalah seperti takut dengan bayang-bayang dan seolah-olah sedang berhalusinasi.

Terma kluster mahkamah adalah merujuk kepada, antara lainnya dua orang pimpinan tertinggi UMNO yang sedang berhadapan dengan 80 pertuduhan salah laku menurut peruntukan undang-undang. Biarlah mereka berhadapan dengan proses wajar dan tak perlu Pengarah Komunikasi PKR menjadi hero UMNO dan membela mereka pula demi merealisasikan hasrat Presiden PKR untuk kononnya menjadi Perdana Menteri hasil hubungan dengan UMNO.

Kedua, propaganda yang disebutkan adalah salah satu ramuan dalam politik. Contohnya, cubaan meyakinkan rakyat dengan perkataan seperti “I have the numbers”, “strong, convincing and formidable” kemudian bertukar kepada ”adequate”. Ungkapan seperti ini yang diulang-ulang adalah propaganda dan penipuan tidak bermaruah. Rakyat keliru, risau dan diporak-perandakan. Ini saya gelarkan Kluster Mat Jenin!

Zaman politik persepsi, retorik dan nostalgia sudah tamat. 22 bulan peluang pemerintahan yang diberikan dahulu telah disia-siakan oleh Pakatan Harapan sendiri.

Kini, nuansa politik tanahair sedang menuju norma baharu. Rakyat mengharap kepada politik khidmat. Kebergantungan kepada nostalgia dan harapan palsu sudah pudar. Maka, jangan pelik dan menuduh yang bukan-bukan jika parti anda ditinggalkan oleh wakil rakyatnya dan anggota-anggota parti. Wakil Rakyat dipilih untuk membela nasib rakyat. PKR kini jauh tersasar dari prinsip perjuangan asal membela rakyat kepada membela pemimpin, jadi jangan salahkan sokongan yang surut mengecut.

Fahmi Fadzil dan Presiden PKR kini semakin angkuh, takbur dan semakin mirip kepada perangai UMNO. Seolah-olah hanya mereka sahaja yang layak, cerdik dan betul. Manakala yang lain salah belaka. Malapetaka besar sekiranya kluster mahkamah dan kluster Mat Jenin ini diberi peluang memerintah negara.

Saya ulang, politik khidmat adalah masa depan Malaysia seperti yang sedang dilaksanakan oleh Perikatan Nasional dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri. Merangkul penyatuan umat Melayu  sambil memimpin dengan prihatin  kaum-kaum lain dengan saksama adalah caranya.

Nor Hizwan Ahmad adalah SUPOL kepada YB Menteri KPKT dan Penyelaras Pusat Khidmat Komuniti Parlimen Wangsa Maju.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: