Syarikat konglomerat Abu Dhabi bangunkan projek di Langkawi

30 Mac, KUALA LUMPUR: Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama di antara Widad Business Group (WBG) dan Bin Zayed Group (BZG), syarikat konglomerat berpengkalan di Abu Dhabi untuk projek pembangunan Widad@Langkasuka di Langkawi.

Majlis tersebut telah disaksikan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri MITI, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor.

Nilai anggaran pembangunan kasar (GDV) projek adalah RM40 bilion bagi membangunkan tanah seluas 1,979 ekar.

Pembangunan projek ini dijangka dapat menjana 15,000 peluang pekerjaan dan memberi peluang kepada 1,000 usahawan tempatan menurut Azmin yang dipetik daripada posting FB rasmi beliau.

“Demi memastikan projek ini berjalan dengan lancar, MIDA akan bantu memudahcara kemasukan kakitangan dari Bin Zayed Group untuk memasuki Malaysia melalui One-Stop-Centre (OSC) dan Business Travellers’ Center (BTC) yang baru dilancarkan pada minggu lalu.” jelas Azmin lagi. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: