Zahid dan Kluster Mahkamah seperti melepaskan anjing tersepit!

Sindir menyindir dan nada bahasa siku menyiku Zahid Hamidi dan Kluster Mahkamah semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 ke atas MP-MP Umno yang berada dalam kabinet kerajaan sudah persis seperti Anwar Ibrahim menyinggung Azmin dan kumpulannya dengan istilah ‘si kitol’ semasa Kongres Nasional PKR 2019.

Apakah Zahid mendapat ‘ilham nasihat’ daripada Anwar untuk sesi siku menyiku dalam PAU lepas?

Jika diandaikan, ia semacam ‘bahasa menghalau keluar’ MP-MP Umno yang berada dalam kabinet daripada parti itu. Ia tersirat walaupun secara tersurat Umno mahu semua MP dalam kerajaan meletakkan jawatan.

Memang tak sedar diri Umno khususnya Kluster Mahkamah dan penyokong-penyokongnya. Perikatan Nasional dan Bersatu yang dibantai itulah yang memberi nyawa kepada Umno kembali kepada kuasa pemerintahan.

Zahid Hamidi terlupa bahawa Umno tewas besar pada PRU-14 lalu. Umno bukan lagi menang sepertiga kerusi parlimen, bukan 74 kerusi malah jauh daripada angka 80 kerusi. Umno hanya memenangi 54 kerusi parlimen!

Itu prestasi yang lebih teruk berbanding keputusan PRU-12 lalu walaupun Umno-BN hilang lima negeri tetapi di peringkat persekutuan, mereka masih memenangi 79 kerusi. Zahid menjadi presiden dalam keadaan Umno sudah tewas PRU-14.

Ketika yang sama, Kluster Mahkamah Umno mendesak Pas membuat pilihan mutlak samada bersama Umno atau Perikatan Nasional. Logika situasi semasa, Pas adalah parti komponen utama Perikatan Nasional bersama Bersatu, Star Sabah, SAPP dan Gerakan.

Pas kembali berada dalam kerajaan Persekutuan sejak kali terakhir pada penggal ketiga (1969-1974) dan keempat (1974-1978) sebelum disingkir oleh Barisan Nasional pada tahun 1978. Perikatan Nasional yang telah mengangkat kembai Pas menjadi sebahagian daripada parti pemerintah.

Hakikatnya, Pas tidak akan tunduk kepada Umno semata-mata mahu memenuhi kehendak peribadi Zahid. Presiden Pas, Hadi Awang pun sudah terang menyatakan Pas akan terus bersama Perikatan Nasional dan bukan bersama blok yang menjadi pembangkang.

Apa akan jadi kepada semua MP Umno yang memegang jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan GLC? Adakah mereka akan mengikut kehendak Umno yang mendesak mereka meletakkan jawatan segera?

Zahid Hamidi sebenarnya telah memberi keuntungan politik kepada Perikatan Nasional dan Bersatu. Presiden MIC juga secara sinis menyindir kenyataan Zahid yang mahu Barisan Nasional bergerak sendirian menghadapi PRU-15 tanpa perlu bersama Perikatan Nasional. MIC sedar hakikat politik bahawa mereka bukan lagi dalam era kegemilangan ‘asal letak kambing pun boleh menang’. Anjakan politik Malaysia dekad kedua milenia sudah berbeza.

Kita lihat sejauhmana keberanian Zahid dan Kluster Mahkamah mahu membentuk gabungan tenaga politik bersama PKR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: