Isu letak jawatan, Shahril seru fikir semua sudut sebelum bertindak

KUALA LUMPUR, 31 Mac ― Umno perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum menetapkan tarikh bagi wakil parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangannya Shahril Sufian Hamdan.

“Adakah dengan tarik diri sekarang adalah yang terbaik?. Itu kena dibincangkan. Mungkin benda itu kita rasa terbaik untuk Umno tapi ada kesannya kepada rakyat. Jadi Umno kena juga memikirkan perkara itu dan saya yakin itu akan dipertimbangkan,” katanya.


Ditemui pemberita selepas menjadi ahli panel pada Forum Demokrasi Malaysia: “Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia’, di sini semalam, Shahril Sufian berkata tiada sebarang tempoh tertentu diberikan kepada mereka yang memegang jawatan untuk melepaskan jawatan mereka.

“Ogos itu antara satu tarikh yang disebut oleh seorang jurubahas (perwakilan) negeri dan logiknya kerana Ogos dijadualkan darurat tamat. Tapi hak atau pun keputusan Majlis Tertinggi (MT) dan presiden tidak terikat kepada satu tarikh sahaja. Boleh jadi Ogos boleh jadi bukan Ogos,” katanya.

Susulan keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN, Ahli Parlimen Umno yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet PN atau menyandang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada parti itu disaran meletak jawatan.


Sementara itu, pakar Perlembagaan Persekutuan Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata peletakan jawatan menteri dan timbalan menteri Umno daripada kabinet kerajaan tidak akan menjejaskan komposisi Dewan Rakyat, tetapi ia mungkin memberi kesan besar kepada PN.

“Mereka hanya meletak jawatan yang disandang itu bukan meletakkan jawatan sebagai ahli dewan.

“Tetapi ia berkaitan. Sekiranya peletakkan jawatan itu juga menunjukkan mereka menarik balik sokongan atau kepercayaan kepada kerajaan maka ini akan memberikan kesan yang besar kepada komposisi kedudukan kerajaan itu sendiri,” katanya kepada pemberita pada forum itu.

Shamrahayu, yang juga Penyandang Kursi Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), berkata setiap parti politik harus kembali kepada tujuan perjuangan mereka.

“Sama ada PAS atau Bersatu atau PKR atau Umno sekali pun rujuklah kepada apa yang telah mereka janjikan kepada penubuhan parti politik itu sendiri. Saya fikir itu adalah satu tindakan yang baik untuk menyatupadukan parti-parti politik ini bukan hanya untuk kepentingan orang Melayu tetapi demi kepentingan kestabilan politik tanah air,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata semua parti perlu mengelakkan tindakan yang boleh membawa kepada situasi negatif kepada negara termasuk pelaburan asing dan kedudukan ekonomi rakyat. ― Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: