PM: Menteri Umno kekal dalam Kabinet

31 Mac, PUTRAJAYA: Semua menteri dari Umno akan terus kekal dalam Kabinet kerajaan walaupun perhimpunan agung parti itu minggu lalu menggesa mereka untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata beliau menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam Kabinet mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

“Beberapa orang menteri dari Umno memegang portfolio-portfolio penting yang berkaitan dengan fokus utama kerajaan pada masa ini.

Justeru, kata Muhyiddin, beliau tidak mahu peletakan jawatan mereka dari Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Muhyiddin berkata pertemuan dengan menteri-menteri Umno itu berlaku pada Isnin lalu.

Dalam pertemuan tersebut, mereka meminta nasihat Muhyiddin mengenai kedudukan mereka di dalam Kabinet berikutan keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 yang meluluskan usul parti itu memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 nanti.

Perhimpunan pada Ahad lepas semua ahli Umno bersetuju menyerahkan mandat kepada Presidennya Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk menetapkan tarikh bersesuaian bagi menarik sokongan secara “en bloc” yang diberikan kepada kerajaan PN.

Zahid juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata perwakilan juga bersetuju Presiden dan MKT boleh membuat keputusan berkenaan pada bila-bila masa dari sekarang jika kerajaan PN tiada indikasi untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU15, dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata atas nasihat yang beliau berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus kekal berada di dalam Kabinet.

“Dengan kesepakatan ini, saya memberi jaminan Kabinet akan berfungsi seperti biasa dan segala inisiatif kerajaan akan terus dilaksanakan seperti yang dirancang,” katanya melalui kenyataan rasmi hari ini. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: