Umno desak PRU15 disegerakan tetapi takut adakan pemilihan parti!

Umno kini boleh diumpamakan hangat-hangat taik ayam dan bagai anjing menyalak bukit. Nak tergelak apabila mengimbas kata-kata Tok Mat Hasan, Timbalan Presiden Umno yang mahu Umno menjadi ‘induk’ dan bukan lagi anak ayam!

Bergegar siling PWTC dengan suara-suara lantang bernada gebang gempar tak jadi pemuka-pemuka Umno, menolak Bersatu dan Perikatan Nasional. Jangan lupa mereka juga mendesak supaya PRU15 segera diadakan.

Atas sebab itu, Zahid Hamidi menggesa pembubaran parlimen dan meminta semua MP Umno dalam kerajaan meletakkan jawatan segera bagi mengadakan pilihanraya umum.

Tak sampai dua hari selepas persidangan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020, MP Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menggesa agar Umno mengadakan pemilihan parti. Kata KJ lagi, ia perlu disegerakan jika mahu Umno dihormati lawan dan diyakini rakyat sebelum PRU15.

Umum tahu, KJ adalah calon jawatan Presiden pada pemilihan Umno pada tahun 2018 lepas. Walaupun beliau kalah kepada Zahid tetapi jumlah undi yang beliau perolehi sangat signifikan untuk menyaingi dan mungkin menewaskan Zahid jika beliau masuk bertanding jawatan sama! Umno sebenarnya dahagakan tenaga muda bagi memimpin dan memandu organisasi tersebut.

Umno sudah terlalu lama diketuai oleh orang tua. Najib dan Zahid sudah tidak relevan kerana terkait dengan sabitan kes rasuah oleh mahkamah. Hanya menanti hukuman. Mereka sudah masuk senarai ‘wall of fame’ Umno. Patut bersara.

Namun begitu, Najib dan Zahid sudah melontar nada hangat-hangat taik ayam. Dakwa mereka bahawa pemilihan parti tidak wajar diadakan sebelum PRU15 kerana akan memecahbelahkan Umno. Ini ayat orang takut kalah dan mahu menyelamatkan diri daripada kes mahkamah yang sedang dihadapi.

Kluster Mahkamah Umno ini yang mencipta ketidakstabilan politik semasa negara dan Umno sendiri. Sungguh malang buat Umno mempunyai pemuka-pemuka atasan seperti Zahid dan Najib.

Sudahlah ‘gerakan gelap politik’ mereka dengan Anwar Ibrahim telah dihidu dan terkantoi. Kedua-dua mereka ini telah menjatuhkan karisma politik Umno. Mereka hilang upaya memandu kepimpinan organisasi. Umno sudah berterabur dan makin hilang keyakinan daripada rakyat.

Bahasa siku menyiku dan menyindir sepanjang PAU 2020 terhadap Perikatan Nasional dan Bersatu termasuk Pas adalah bukti keangkuhan Umno. Mereka langsung tidak ada muhasabah diri.

Selepas kalah PRU14 dan hilang kuasa, Umno berada di lubuk pembangkang selama 22 bulan. Kemudian takdir tuhan mengubah politik Malaysia, Umno kembali dalam tampuk kuasa yang diketuai oleh Bersatu. Umno diberi tempat dalam kerajaan, GLC dan jawatan-jawatan lantikan di IPT, agensi-agensi berkaitan. Itu pun mereka tetap membidas Bersatu dan Perikatan Nasional semata-mata Umno bukan mengepalai kerajaan. Memang tidak mengenal budi dan tak sedar untung!

Bijaknya Muhyiddin Yassin dengan menyegerakan pendaftaran Perikatan Nasional secara rasmi. Pas menjadi komponen utama. Kegagalan Umno mendaftarkan Muafakat Nasional sebagai gabungan sah tidak boleh dijadikan dalil penyatuan Melayu untuk memaksa Pas membuat pilihan. Secara logika, Pas lebih selesa dan terjamin bersama Perikatan Nasional kerana inilah kali pertama sejak 1978 Pas kembali menjadi parti pemerintah peringkat persekutuan.

Umno sedang dibadai karma ucapan-ucapan lantang PAU 2020. Kecaman dan bidasan sepanjang PAU itu sedang menyihir Umno.

Jika Zahid bermaruah, dia akan berani melaksanakan pemilihan parti pada tahun ini sebelum Ogos 2021.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: