Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga – Saifuddin

PUTRAJAYA: Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga dalam pembangunan sesuatu kawasan bagi memastikan penyediaan infrastrukturnya termasuk pembinaan menara telekomunikasi dapat dipercepatkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata pada masa ini, pemaju hanya menyediakan perancangan air dan elektrik dalam kebenaran merancang, menyebabkan berlaku kelewatan penyediaan prasarana komunikasi.

“Sekarang diminta pemaju menyediakan perancangan untuk kesalinghubungan Internet sebagai utiliti ketiga seperti lokasi menara dan laluan untuk gentian optik.

“Ini kerana ada waktunya oleh kerana kesalinghubungan Internet tidak dimasukkan dalam kebenaran merancang, bila dah siap yang ada (kawasan) keliling sahaja sahaja boleh buat menara, di tengah-tengah ada blind spot tetapi tidak boleh letak menara kerana masalah tanah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 kepada warga kementerian itu termasuk jabatan dan agensi di bawahnya, di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya telah berunding dengan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah itu termasuk meminta perkara tersebut dijadikan syarat wajib dalam kebenaran merancang.

Katanya kesalinghubungan Internet harus dilihat sebagai utiliti ketiga selain daripada air dan elektrik, dalam usaha memperkukuh infrastruktur digital negara.

Sementara itu, Saifuddin berkata kementerian sedang berusaha untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang masing-masing dengan menggalakkan pegawai melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus profesional bersesuaian.

“Kita boleh mengurangkan halangan atau menambah cara-cara bagi membolehkan mereka berjaya atau mencapai tahap lebih tinggi dan tidak dihalang oleh apa-apa proses atau peraturan, harus ada fleksibiliti bagi sesetengah bakat dalam bidang khusus yang boleh ditonjolkan,” katanya.

Pada majlis itu, Saifuddin menyampaikan sendiri APC kepada 146 penerima pelbagai gred termasuk dua penerima daripada golongan Orang Kurang Upaya iaitu pembantu tadbir Gred N19 daripada Jabatan Penerangan Negeri Johor Chua Boon Kiong serta kakitangan kementerian Mimi Noor Azni Shaari daripada ibu pejabat.

Keseluruhannya, seramai 634 warga kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya menerima APC 2020 sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan perkhidmatan termasuk enam pegawai yang berkhidmat lebih 30 tahun, antaranya Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek.
— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: