NGO masyarakat Sekijang gesa polis siasat Natrah Ismail

SEKIJANG: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat di Sekijang tampil dan menggesa supaya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat MP Sekijang, Natrah Ismail yang didakwa melaporkan maklumat palsu bahawa beliau telah disogok RM10 juta agar melompat parti.

NGO Penggerak Komuniti Negara Parlimen Sekijang, Pertubuhan Kebajikan Muafakat Segamat, Nation of Women (NOW) Parlimen Sekijang, Pertubuhan Badan Kebajikan Segamat, Kelab Shima Fitnes dan Kelab Zumba Muafakat Segamat telah mengeluarkan kenyataan media bersama menggesa siasatan dan tindakan undang-undang PDRM atas laporan palsu Natrah Ismail.

Awal bulan Mac yang lalu, Natrah Ismail mendakwa telah didatangi oleh dua orang individu lelaki dan salah seorang bergelar Dato Seri dengan tujuan menawarkan sejumlah wang RM10 juta agar beliau melompat parti dan memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional. Namun beliau dengan tegas menolak tawaran tersebut.

Berikutan kenyataan Natrah itu, beliau telah dicabar oleh beberapa pihak membuat laporan kepada SPRM untuk siasatan. Namun setelah siasatan dibuat ternyata beliau gagal mengemukakan sebarang bukti bahawa wujudnya penawaran tersebut.

Semasa siasatan oleh SPRM beliau menyatakan tiada sebarang imbuhan telah ditawarkan kepada beliau. Sebaliknya beliau menyatakan hanya peruntukan tambahan akan diberikan kepada Parlimen kawasan beliau.

Kenyataan ini jauh berbeza daripada kenyataan asal beliau kepada media sebelum ini, bahawa beliau telah ditawarkan sejumlah RM10 juta wang untuk melompat parti.


SPRM pada 18 Mac baru-baru ini telah memutuskaan bahawa tiada kes untuk disiasat dan tidak ada tindakan susulan akan diambil berrkenaan kes tersebut.

Menurut Pengarah SPRM Johor kenyataan empat pihak termasuk Natrah Ismail telah diambil dan diputuskan bahawa tiada sebarang imbuhan telah ditawarkan kepada beliau.

Badan-badan bukan kerajaan ini turut mempersoalkan kenyataan awal Natrah Ismail tuduhan rasuah itu samada suatu laporan palsu atau gimik murahan politik untuk mencari publisiti.

“Dengan ini YB Natrah nampaknya bersalah mengeluarkan kenyataan palsu diarus media dengan tujuan mencemarkan nama baik pihak tertentu. Tindakan undang-undang harus dikenakan terhadap beliau.” kata wakil NGO.

“Oleh yang demikian kami warga Sekijang mengggesa pihak PDRM menjalankan siasatan menyeluruh terhadap YB Natrah Ismail agar perkara sebenar dalam kes ini terungkai.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: