Pemuda PKR lancar ‘Jelajah Jejak Rumah Bermasalah Prima’, usaha terkini tekan PRIMA

JOHOR BAHRU: Ketua AMK merangkap MP Johor Bahru telah mengumumkan Jelajah Jejak Rumah Bermasalah Prima, melalui kenyataan dari FB beliau.

Menurut Akmal, program jelajah itu bakal bermula di Port Dickson pada 4 April ini. Sebelum ini projek Prima Residensi Port Dickson antara yang diperkatakan oleh beberapa pembeli melalui media.

Walau bagaimana pun, Menteri KPKT melalui inisiatif Prima telah berjaya menyelesaikan aduan pembeli-pembeli projek tersebut yang diberi jaminan bakal siap pada 30 Jun tahun ini.

Kebetulan pula projek Residensi Port Dickson ini berada dalam kawasan parlimen Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PRIMA yang baru dilantik, Datuk Seri Shahidan Kassim bakal berhadapan tekanan politik baru PKR melalui AMK yang akan menjadi isu rumah bermasalah Prima sebagai modal serangan politik signifikan.

Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta yang diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin pada 9 Mac lalu.

Akmal juga turut mengalu-alukan wakil Prima ke program yang akan dilancarkan pada ahad ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: