Highland Tower akan dirobohkan untuk pembangunan lestari dan pengindahan

6 April 2021, Ampang: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin meninjau lokasi Highlands Tower, Taman Hill View Ampang pagi ini.

Tapak yang sudah lama terbiar ini bakal dibangunkan dengan pelan cadangan menjadikannya sebagai tapak bersejarah.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya merancang mengindahkan semula tapak kondominium Highland Towers dan menjadikannya sebagai tapak bersejarah.

Turut hadir dalam tinjauan tapak tersebut adalah wakil-wakil pemaju dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Blok-blok Highland Towers yang terbiar sejak 28 tahun menjadi sarang penagih dadah dan tidak dibersihkan. Keadaan tersebut menjadi ancaman keselamatan kepada penduduk-penduduk setempat.

Projek pengindahan tapak Highland Towers ini akan melibatkan urusan tebus tanah dan pembersihan melibatkan peruntukan sejumlah RM8.6 juta sebelum dirobohkan bagi proses pembangunan. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: