Menteri KKMM umum Geran RM 10 Juta Sokong Komuniti Seni semasa Pandemik COVID-19

KUALA LUMPUR, 5 April 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini mengumumkan lebih 3,000 artis dan pekerja budaya akan menerima manfaat daripada sumbangan RM10 juta yang merupakan sebahagian daripada bantuan kewangan RM150 juta daripada Pelan PENJANA untuk Industri Kreatif.

Inisiatif Pemulihan CENDANA, yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni
Budaya (CENDANA), ditubuhkan untuk menyokong sektor seni persembahan, seni visual,
muzik independen dan kraf melalui tujuh program kewangan yang bertujuan membantu:

● individu, kumpulan, kugiran dan organisasi di mana geran tersebut dapat membantu mereka untuk pulih dalam situasi pandemik ini;

● mereka yang terkesan disebabkan pandemik dan mempunyai kemampuan yang terhad untuk membuka semula operasi disebabkan pelbagai kekangan.

Individu, kumpulan, kugiran dan organisasi yang berjaya akan menerima jumlah geran yang
berlainan bergantung kepada permohonan dan program yang disasarkan:

● Geran dengan jumlah kecil sehingga RM3,500 untuk mengadaptasi situasi norma baru,kerja atas talian, dan berjangka masa pendek;
● Sehingga RM 30,000 untuk pelbagai program yang dilaksanakan;
● Sehingga RM 35,000 untuk ruang seni dan budaya melibatkan sokongan dari segi sewaan dan utiliti;
● Sehingga RM 100,000 untuk menjadikan seni sebagai sebahagian daripada ruang dalam bandar; atau
● Sehingga RM 150,000 untuk menyokong operasi dan acara (untuk organisasi seni
berdaftar)

“Komuniti seni dan budaya di Malaysia memberikan sinar baru untuk rakyat Malaysia dengan
menyediakan ribuan peluang pekerjaan.

“Situasi ketika ini adalah cukup sukar untuk semua, dan kami tahu ramai yang berusaha untuk pulih daripada impak COVID-19.

“Inisiatif Pemulihan CENDANA akan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk ruang, organisasi seni, penerbitan, kugiran dan kumpulan teater dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat kita,” kata Dato’ Saifuddin Abdullah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: