Covid-19: Empat kes kematian, 1285 kes baharu positif harian
KUALA LUMPUR, 08 April: Setakat jam 12 tengah hari, Malaysia mencatatkan 1,285 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia 355,753 kes.
1,175 kes sembuh dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 340,242 kes. Kadar kepulihan setakat ini adalah 95.64%
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 4 kes kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes maut 1,308 kes.