Balai Bomba baru bakal percepat operasi bomba di Julau

10 April 2021, JULAU: Daerah Julau antara beberapa daerah pedalaman di Sarawak yang berada jauh daripada bandar-bandar utama seperti Sibu, Kanowit dan Sarikei.

Jarak yang jauh menyebabkan operasi menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari bandar-bandar tersebut ke Julau memakan masa lambat untuk tiba di lokasi-lokasi operasi jika berlaku kebakaran, bencana alam atau kemalangan.

Atas faktor jarak yang jauh, ada keperluan sebuah balai bomba baru di Julau dibina bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memberi perkhidmatan yang cepat dan cekap di daerah ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dalam lawatan kerja ke Sarawak turun ke Julau untuk meninjau tapak Balai Bomba kelas E yang akan dibina disini.

“Cadangan pembinaan di kawasan ini adalah berdasarkan keperluan semasa kerana daerah ini jauh dari pekan-pekan lain seperti Bintangor, Sarikei, Kanowit dan Sibu.

“Saya berharap ikhtiar pembangunan ini akan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui khidmat balai bomba yang bakal wujud nanti.” kata Zuraida melalui kenyataan di page FB beliau.

Daerah Julau berkeluasan 1703 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 34,500 orang. Turut serta dalam lawatan ke Julau adalah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng.

Sebelum itu, dalam satu majlis berasingan Zuraida turut merasmikan balai bomba baru di Sibu Jaya dan Bintangor. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: