FINAS terima anugerah ‘The Best Agency in Protecting Film’s IP’

11 April 2021, KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) telah menerima anugerah ‘Agensi Terbaik bagi Melindungi IP Filem’ dalam satu majlis anjuran Lang International Corporate Titans Awards (LICTA) malam tadi yang berlangsung di Wyndham Acmar Klang.

Menteri KPDNHEP Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkenan menyampai anugerah tersebut kepada Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid.

Menurut Zakaria, dua asas penting pemilihan FINAS menerima anugerah ini atas langkah-langkah strategik agensi kemajuan perfileman tanahair tersebut iaitu langkah FINAS memberi hak IP (Harta Intelek) kepada syarikat produksi dan penubuhan Jawatankuasa Pembanterasan Cetak Rompak Digital bagi memerangi isu cetak rompak harta intelek.

Penganugerahan ini telah membuktikan bahawa usaha serius FINAS dalam memelihara harta intelek dan membanteras isu cetak rompak telah mendapat pengiktirafan serius di peringkat antarabangsa. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: