Proklamasi Darurat jaga kepentingan rakyat, kata Willie Mongin

KUCHING: Seluruh lapisan masyarakat harus memahami dan mematuhi proklamasi darurat yang sedang dilaksanakan pada masa ini sehingga berakhir 1 Ogos depan.

Menurut YB Datuk Willie Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pengisytiharan darurat dilakukan berikutan pandemik COVID-19 di negara ini semakin membimbangkan.

“Ianya dilakukan kerana mengambil kira faktor keselamatan rakyat, ekonomi, ketenteraman awam dan memberi tumpuan khas kepada kerajaan serta semua pihak untuk sama-sama membasmi penularan wabak ini” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021 telah membuat pengisytiharan darurat atas perkenan Yang Dipertuan Agong mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bertujuan memerangi COVID-19.

Willie yang juga Ahli Parlimen P198 Puncak Borneo mengajak seluruh elemen masyarakat agar menghormati proklamasi darurat ini demi kesejahteraan dan ketenteraman awam.

Beliau berkata demikian sempena majlis Program Malaysia Prihatin anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) di Dewan Dayak Bidayuh National Association (DBNA) pada Sabtu lepas.

Turut hadir ialah Datuk Ik Pahon (Timbalan Setiausaha Tetap Kerajaan Negeri merangkap Presiden DBNA), Encik Chali @ Charlie Unggang (Timbalan Presiden DBNA), Encik Sadiqi Hashim (Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara, MKN Sarawak) dan Puan Magdelina Alfred Deho (Pegawai Penerangan Bahagian Kuching). _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: