Sarikei terima RM1.5 juta limpahan kesejahteraan

Sarikei, Sarawak: Pembangunan untuk Wilayah Sarawak tetap menjadi matlamat utama kerajaan khusus kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Menterinya, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah melakukan lawatan kerja ke beberapa daerah di Sarawak.

Semasa lawatan kerja di Wilayah Sarawak tempoh hari, Zuraida bertemu Pegawai Daerah Sarikei dan Pegawai Daerah Meradong-Julau bagi membincangkan pelan dan inisiatif pembangunan di sini.

Sejumlah peruntukan RM1.5 juta telah diluluskan untuk melaksanakan projek-projek pembinaan dan naiktaraf kemudahan di daerah Sarikei.

Antara limpahan kesejahteraan yang bakal dinikmati melalui peruntukan tersebut akan melibatkan projek-projek berikut;

1) Menambah baik dan menaiktaraf jalanraya melibatkan Jalan Getah, Jalan Nyelong dan Jalan Bersatu di Sarikei.

2) Menambahbaik sistem perparitan dari Jalan Permai ke Jalan Meranti di Sarikei.

3) Pembinaan dewan terbuka di Pekan Jakar, Sarikei bagi mewujudkan ruang perniagaan bagi usahawan kecil di sekitar Sarikei menjual produk luarbandar dan tempatan. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: