Pangsapuri Taman Langat Utama bakal naiktaraf kesejahteraan

15 April 2021, KUALA LANGAT: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah mengumumkan Taman Langat Utama bakal dinaiktaraf kemudahan kesejahteraan.

Beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Kuala Langat turun meninjau keadaan Pangsapuri Taman Langat Utama yang berusia 20 tahun itu. Turut serta dalam tinjauan ini adalah wakil-wakil Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan JMB pangsapuri tersebut.

Pangsapuri dua blok yang mempunyai 180 orang penduduk majoritinya terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah.

Atas faktor keselamatan dan keselesaan penduduk, sejumlah peruntukan bernilai RM300 ribu telah diumumkan oleh Zuraida bagi tujuan naiktaraf kemudahan melibatkan kerja-kerja membaikpulih tangki air, letrik dan pagar.

Zuraida turut mencadangkan 10 buah rumah yang masih tidak berpenghuni dijadikan sebagai rumah transit untuk membantu mereka yang memerlukan selain membantu JMB mengukuhkan sumber kewangan bagi melaksanakan penyelenggaraan dengan baik.

Cadangan mengecat bangunan pangsapuri berkenaan turut diketengahkan Zuraida bagi memberikan kadar pertumbuhan nilai pangsapuri berkenaan.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: