Pejabat Parlimen Ampang dan MPAJ rintis jalan penyelesaian isu Taman Bukit Mewah

15 April 2021, AMPANG JAYA: Wakil Pejabat Parlimen Ampang dan wakil-wakil Persatuan Penduduk Taman Bukit Mewah, Ampang telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Bangunan dan Senibina Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahmad Alhairi hari ini.

Pertemuan yang berlangsung di MPAJ tersebut telah membincangkan usaha-usaha penyelesaian Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCF) ke Sijil Menduduki (CF) atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi isu Taman Bukit Mewah yang tergantung kerana pemaju telah lama gulung tikar.

Encik Sabri Abu Bakar telah mewakili Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Ampang, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dalam pertemuan ini.

Hasil penjelasan dan penerangan hal-hal teknikal perkara berkaitan, pemilik-pemilik rumah Taman Bukit Mewah boleh memohon CF/CCC secara berkelompok atau individu dengan mengemukakan permohonan kepada Jabatan Bangunan dan Senibina Majlis Perbandaran Ampang Jaya. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: