Bayi bersama tangkal ditemui di pintu hospital swasta

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan berusia kira-kira 14 hari ditinggalkan di luar pintu hospital swasta di Jalan Abdul Samad di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain dalam kenyataannya memberitahu, bayi itu ditemui seorang penyambut tetamu yang sedang bertugas di lobi hospital berkenaan pada 8.45 malam.

Difahamkan, sebelum itu, pekerja berkenaan terdengar tangisan bayi lalu bertindak menjejakinya sebelum menjumpai bayi itu di pintu keluar hospital terbabit.

“Sejurus kejadian itu, pekerja tersebut memaklumkan penemuan bayi kepada ketua jururawat yang bertugas.

Pemeriksaan oleh ketua jururawat mendapati bayi tersebut diletakkan di atas lantai, lengkap berpakaian serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

“Turut dijumpai pada bayi tersebut ialah satu tangkal dipercayai kepercayaan kaum Cina,” katanya.
Mohd Padzli berkata, bayi tersebut dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak untuk pemantauan.

Sumber & gambar: MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: