Peruntukan RM5.8 juta untuk pembangunan kesejahteraan di Segamat

16 April 2021, SEGAMAT: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah mengumumkan peruntukan pembangunan infra awam di Segamat.

Peruntukan berjumlah RM5.8 juta telah diluluskan bagi tujuan pembangunan naik taraf yang bertumpu kepada ekonomi dan kelestarian rakyat di Segamat.

Beliau dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Majlis Perbandaran Segamat telah mengadakan pertemuan dan mendengar pembentangan cadangan pembangunan sebelum meneruskan program lawatan ke beberapa lokasi di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Segamat.

Turut serta dalam tinjauan lokasi adalah YDP Majlis Perbandaran Segamat, Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria dan Ahli Parlimen Segamat merangkap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Dr Edmund Santhara.

Lokasi-lokasi tumpuan dalam cadangan menaiktaraf infra dan pembangunan baru adalah Tapak Dataran Yayasan dan Medan Selera Jalan Bistari di Taman Yayasan, Buloh Kasap.

Kemudian beliau melawat ke Gerai Serbaneka Jalan Aji, Bandar Segamat sebelum meneruskan program ke tapak cadangan Pusat Rekreasi Awam, Segamat Waterfront dan berakhir di Pasar Awam Jementah, Pekan Jementah. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: