Usahasama strategik SWCorp dan NGO PKN didik masyarakat aspek kebersihan

AMPANG: Gerak kerja ke peringkat akar umbi mengenai Dasar Kebersihan Negara telah mulai dilaksanakan melalui usahasama oleh SWCorp dan NGO Penggerak Komuniti Negara.

Selepas MoU antara SWCorp dan Penggerak Komuniti Negara ditandatangani pada 23 Mac lalu, usahama melalui program dan kempen mengenai aspek kebersihan persekitaran telah dimulakan di Selangor.

Program-program kitar semula dan ‘Trash to Cash’ yang diilhamkan oleh Swcorp kini menjadi sebahagian gerakan utama NGO Penggerak Komuniti Negara seluruh negara khusus di Selangor.

Penglibatan usahasama NGO Penggerak Komuniti Negara ini berperanan mendidik dan memperkasa komuniti dalam kempen kebersihan yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai negara bersih dan menuju status negara maju menjelang tahun 2025.

NGO Penggerak Komuniti Negara telah diilhamkan penubuhan dan dirintis oleh YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin atas matlamat utama memperkasakan komuniti. Kebetulan pula, SWCorp adalah agensi di bawah KPKT bertanggungjawab mengurus sisa pepejal.

Usaha menjayakan Dasar Kebersihan Negara dengan visi Malaysia sebagai negara bersih tidak akan berjaya tanpa penglibatan masyarakat secara menyeluruh.

Atas kepentingan tersebut, sudah masanya setiap anggota masyarakat mengambil bahagian dan tanggungjawab bersama untuk mendayakan kesedaran kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

Gerakan ini bukan setakat menyentuh kesedaran kebersihan tetapi ia menjana pendapatan komuniti melalui program-program yang dijalankan melalui usahasama strategik SWCorp dan NGO PKN.

NGO Penggerak Komuniti Negara di kawasan-kawasan parlimen negeri Selangor melibatkan Ampang, Sepang, Hulu Selangor, Subang, Petaling Jaya, Damansara dan Shah Alam sudah memulakan langkah-langkah awal dalam usahasama strategik ini. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: