PM lancar inisiatif ‘Microsoft Bersama Malaysia’

19 April, PUTRAJAYA: Malaysia akan bekerjasama dengan Microsoft untuk mewujudkan ekonomi digital inklusif melalui inisiatif Bersama Malaysia dalam lima tahun akan datang.

Di bawah inisiatif ‘Microsoft Bersama Malaysia’ yang dilancarkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, syarikat Microsoft akan melaburkan sekurang-kurangnya RM 4 bilion dalam 5 tahun bagi menubuhkan pusat data serantau pertama di Malaysia disamping membantu memperkasa sejuta rakyat Malaysia dengan kemahiran digital pada akhir tahun 2023.

Melalui penubuhan pusat data serantau dan kerjasama strategik antara Microsoft bersama agensi dan pemain industri di Malaysia, inisiatif ini dijangka bakal mencipta 19,000 peluang pekerjaan baharu termasuk 4,000 pekerjaan dalam sektor IT dan teknologi awan.

Sejajar dengan inisiatif #MyDigital, Kerajaan akan memindahkan 80% datanya kepada perkhidmatan awan (Cloud Service) menjelang akhir tahun 2022. Microsoft merupakan salah satu antara empat Penyedia Perkhidmatan Awam (CSP).

_BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: