Sukuk global pertama Malaysia catat lebihan langgan, cerminan keyakinan kukuh dasar ekonomi negara

✅ Sukuk global pertama Malaysia sejak 2016 terlebih langgan sebanyak 6.4 kali, mencerminkan keyakinan terhadap polisi dan asas ekonomi yang kukuh.

✅ Berikutan permintaan menggalakkan, Kerajaan tingkatkan saiz terbitan asal daripada USD1.0 bilion kepada USD1.3 bilion.

✅ 91.5% pelabur Sukuk 10 dan 30 tahun ini merupakan pelabur asing.

✅ Permintaan tinggi ini juga memberikan kadar hasil dan spread terendah bagi terbitan sukuk USD oleh Malaysia, mencerminkan keyakinan pasaran ke atas pemulihan dan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun berhadapan cabaran getir akibat pandemik COVID-19.

✅ Harga sukuk 10-tahun ditetapkan pada 2.070% [T + 50 mata asas], dan tranche 30-tahun pada 3.075% [T + 80 mata asas] – dalam dunia sukuk, ini satu HARGA YANG AMAT BAIK!


✅ Kedua-dua sukuk tersebut telah mendapat penarafan A3 oleh Moody’s dan A- oleh S&P.

✅ Hasil terbitan sukuk akan disalurkan kepada projek sosial dan mesra alam, yang menyokong usaha Kerajaan dalam menangani kesan perubahan iklim; dan membina ekonomi yang lebih berdaya tahan dan inklusif sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

✅ Implikasi kepada rakyat dan perniagaan? Lebih banyak projek sosio-ekonomi Kerajaan yang berpaksikan kelestarian (sustainability). InsyaAllah, kita juga akan terus menikmati kadar pembiayaan yang berpatutan untuk kelangsungan kehidupan dan perniagaan kita! Alhamdulillah!

✅ Sukuk Kelestarian ini juga menunjukkan keupayaan inovatif industri kewangan Islam Malaysia di peringkat global.

✅Terima kasih team MOF, BNM dan agensi-agensi berkaitan yang ‘berkampung sama-sama ‘ selama 3 hari bersengkang mata hingga 4/5 pagi baru-baru ini, kerana sibuk berunding dengan pelbagai pelabur dari Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Afrika merentasi pelbagai zon masa. Usaha anda semua telah membuahkan hasil untuk Malaysia. Alhamdulillah!

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: