Tinjauan Merdeka Center: Populariti Muhyiddin meningkat

24 April 2021, KUALA LUMPUR: Menurut tinjauan terbaru badan kajian Merdeka Center, populariti Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kekal dengan tahap sokongan 67 peratus.

Peratusan itu meningkat dari kajian terdahulu yang dijalankan pada awal tahun ini yang merekodkan kadar sokongan 63 peratus, menurut badan itu dalam kenyataan mengenai dapatan terbaharu.

Kajian itu mendapati, Muhyiddin meraih sokongan paling besar dari pengundi Melayu sebanyak 83 peratus, dari pengundi India (66%) dan pengundi Cina (30%).

Menurut Merdeka Center, lebih ramai berpendapat negara “bergerak ke arah yang betul”, sebanyak 41 peratus berbanding hanya 31 peratus dalam tinjauan terdahulu.

Golongan yang berpandangan sedemikian menyebut pandangan positif ke atas pentadbiran negara dan jaminan kebajikan rakyat.

Pengundi yang berpendapat negara berada di landasan salah pula, sebanyak 46 peratus, membangkitkan kebimbangan mengenai ketidakstabilan politik dan isu ekonomi.

Isu ekonomi juga menjadi kebimbangan paling utama pengundi, sebanyak 57 peratus berbanding dan kebimbangan mengenai pandemik lebih kecil sebanyak 16 peratus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: