KKM cadang hentikan penerbangan dari India

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menghentikan penerbangan dari India bagi mengelak penularan varian mutasi berganda COVID-19 di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata cadangan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

“Ini suatu keputusan dasar yang amat penting dan kita mahu kerajaan ambil tindakan segera,” katanya pada sidang media mingguan berhubung situasi COVID-19 di KKM di sini hari ini.

Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan New Delhi, India dikenakan perintah berkurung apabila merekodkan purata kes baharu COVID-19 sebanyak 200,000 sehari dipercayai berpunca daripada mutasi berganda virus itu.

Dr Adham berkata KKM juga akan mencadangkan agar tempoh kuarantin bagi pengembara yang baru tiba dari negara yang melaporkan penularan virus COVID-19 Varian Yang Membimbangkan (VOC) jenis baharu perlu menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari berbanding 10 hari.

“Mereka wajib menjalani kuarantin di tempat yang digazetkan sahaja. Cadangan ini susulan kebimbangan sekiranya gejala daripada mutan ini muncul pada hari ke-10 atau ke-11,” katanya bahawa penambahan tempoh kuarantin itu adalah bagi mengelak penularan kes baharu berpunca daripada VOC.

“Kita ada dua opsyen, pengembara yang menaiki penerbangan terus dari negara VOC wajib menjalani kuarantin selama 14 hari, manakala bagi pengembara yang transit, tempoh kuarantin dikira pada hari mereka tiba di negara ini,” katanya.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat tiga jenis varian yang membimbangkan iaitu B.1.351 yang mula dilaporkan di Afrika Selatan, B.1.1.7 dari United Kingdom; dan B.1.1.28 atau P1 dari Brazil dan Jepun.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: