NGO Penggerak edar sumbangan kurma kepada bomba, polis di Port Dickson

25 April 2021, PORT DICKSON: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson telah mengedarkan sumbangan kurma kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PDRM di sekitar Daerah Port Dickson.

Edaran sumbangan ini turut disertai oleh Pengerusi PKN Port Dickson, Rosman Jonet.

Sumbangan kurma dari Penaung PKN, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah diagihkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan JBPM Port Dickson dan JBPM Telok Kemang.

Manakala sumbangan kepada PDRM adalah IPD Port Dickson, Balai Polis Port Dickson, Balai Polis Telok Kemang, Balai Polis Lukut, Balai Polis Pasir Panjang dan Balai Polis Linggi.

Program ini adalah inisiatif kemasyarakatan yang dilaksanakan bagi merapatkan hubungan antara NGO Penggerak Komuniti Negara dengan barisan hadapan di Port Dickson. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: