Kekang penularan dan elak wujud kluster baru dari bazar Ramadan, Zuraida Kamaruddin.

26 April 2021, AMPANG: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin bersama dengan Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah turun padang melawat dan menjalankan tinjauan ke beberapa tapak Bazar Ramadan di sekitar Ampang.

Tinjauan ini bertujuan bagi melihat pelaksanaan dan pematuhan SOP khusus di lokasi-lokasi bazar Ramadan. Menurut Zuraida, ia adalah penting mengekang penularan COVID-19 di kalangan masyarakat seterusnya dapat mengelakkan kewujudan kluster baharu jangkitan COVID-19 berpunca daripada Bazar Ramadan.

“Sudah masuk hari ke-14 Ramadan, saya melihat peniaga-peniaga di sini telah membiasakan diri dengan pematuhan SOP yang kemas dan teratur.” kata beliau.

Antara Bazar Ramadan yang terlibat dalam tinjauan ialah Bazar Permai Court, Bazar Ampang Jaya, Bazar Bukit Indah, Bazar Bandar Baru Ampang, Bazar Tasik Tambahan dan Bazar Kompleks Muhibbah.

Perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam pengendalian Bazar Ramadan adalah memastikan keadaan bazar terkawal, tidak sesak dan pematuhan SOP dalam kalangan pengunjung.

Penganjur juga digalakkan untuk membuat susun atur gerai dan laluan sehala bagi membolehkan pengunjung bergerak mengikut laluan arah yang teratur.

SOP Bazar Ramadan merangkumi kawalan keluar masuk pengunjung ke bazar dengan penjarakan fizikal 1 meter, penggunaan cecair pembasmi kuman, pemakaian pelitup muka oleh peniaga dan pengunjung perlu dipatuhi.

Selain itu, penganjur diwajibkan menyediakan kemudahan QR code MySejahtera dan penyediaan buku pendaftaran kehadiran bagi pelanggan yang tiada kemudahan liputan internet. Peniaga dan pelanggan yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius

Terdapat sebanyak 1,122 Bazar Ramadan telah dibuka pada tahun ini di seluruh negara kecuali di Kelantan dan Sabah. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: