Pekebun kecil Risda, peserta Felcra terima dividen RM189.08 juta – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembayaran dividen kepada pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dengan jumlah keseluruhan RM189.08 juta.

Muhyiddin berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersetuju menyelaraskan pengagihan dividen berkenaan sebahagian usaha kerajaan membantu komuniti pekebun kecil Risda dan Felcra.

“Melalui dividen Risda seramai 16,080 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman getah dan sawit di bawah Rancangan Tanam Baru Berkelompok ((RTBB) dan seramai 15,165 orang pekebun kecil yang mengusahakan Tanam Semula Komersil (TSK) bakal menerima dividen tahun 2020 dengan jumlah RM82.03 juta melibatkan keluasan 39,430 hektar.

“Saya difahamkan Risda turut mengagihkan keuntungan zakat korporat kepada lebih 4,000 orang asnaf pekebun kecil dan institusi agama terpilih di seluruh Malaysia dengan nilai zakat berjumlah RM2.48 juta.

“Sebanyak 58,826 peserta Felcra Berhad di seluruh negara akan menerima agihan akhir lebihan keuntungan tahun 2020 sejumlah RM107.053 juta secara berperingkat, bermula hari ini,” kata Muhyiddin dalam ucapannya pada Majlis Penyampaian Dividen Risda dan Felcra tahun 2021 di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat Risda pada Selasa.

Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad; Timbalan Menteri (I), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; dan Timbalan Menteri (II), Datuk Henry Sum Agong.

Mengulas lanjut, beliau berkata agihan akhir lebihan keuntungan Felcra 2020 itu hasil daripada keuntungan bersih 890 projek ladang milik peserta yang dimajukan Felcra.

“Bayaran agihan akhir lebihan keuntungan 2020 Felcra itu melengkapkan amalan pembayaran keuntungan tahunan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan Ogos, Disember dan April setelah akaun projek siap ditutup.

“Agihan keuntungan itu merupakan hasil daripada keuntungan bersih 890 projek ladang-ladang milik peserta yang dimajukan oleh Felcra.
“Bakinya, iaitu 327 projek adalah terdiri daripada projek yang belum berhasil dan dalam fasa tanaman semula,” katanya. _ASTRO AWANI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: