Pemerkasaan program kebersihan melalui kerjasama SWCorp-PKN Wilayah Persekutuan

26 April 2021, PUTRAJAYA: Usaha mewujudkan platform kerjasama antara agensi kerajaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) terus diperkasa apabila Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan petang ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Penggerak Komuniti Negara (PKN) Wilayah Persekutuan di Hotel Dorsett, Putrajaya.

Majlis MoU kerjasama tersebut disaksikan Pengerusi SWCorp, YB Dr Daroyah Alwi bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Ismail Mokhtar.

Ia merupakan usaha pemerkasaan program mahupun kempen berkaitan kebersihan dan amalan 3R di bawah Dasar Kebersihan Negara ke arah mewujudkan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

Besar harapan agar lima kluster di bawah Dasar Kebersihan Negara yang digariskan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di peringkat Wilayah Persekutuan dapat dilaksanakan. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: