TLDM perlu dilengkapi dengan keupayaan angkatan yang kredibel

oleh Kumara Sabapatty – 27 April 2021

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menyesuaikan diri dengan cabaran bagi memenuhi visi dan misi yang telah ditetapkan.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany berkata, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, terutama ketika pandemik Covid-19, kesiagaan armada tetap menjadi teras utama pasukan keselamatan itu.

“Kita kena bersama-sama berganding bahu dalam menentukan Kesiagaan armada TLDM sentiasa berada di tahap yang terbaik sebagai sebuah kuasa maritim negara.

“Dalam usaha menuju ke arah itu, TLDM sudah semestinya perlu dilengkapi dengan keupayaan angkatan yang kredibel,” katanya ketika berucap pada Perbarisan Ulang Tahun TLDM ke-87, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Kanan Perancangan dan Pembangunan, Laksamana Pertama Fadhil Abdul Rahman.

Bagaimanapun menurut Mohd. Reza, ia bukan mudah untuk dicapai kerana sebahagian besar daripada kapal TLDM kini telah berusia lebih 30 tahun dan ia perlu diberi perhatian yang serius.


Sementara itu, beliau memberitahu, pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang besar kepada TLDM yang mana tempo operasi aset-asetnya meningkat melalui penglibatan dalam Op Benteng bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara ini.

“Maka, adalah wajar untuk kita bertindak dengan lebih bijak dan kreatif dalam menentukan kesiagaan aset sentiasa di tahap yang terbaik walaupun berdepan dengan cabaran – cabaran tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Reza berkata, sejak tahun lalu pelbagai inisiatif telah diperkenalkan TLDM antaranya, Repowering Programme dan Obsolescence Program yang telah menunjukkan impak positif dengan memberi pulangan pelaburan (ROI) yang tinggi kepadanya.

Tambah beliau, inisiatif berkenaan bukan sahaja meningkatkan tahap kesiagaan asetnya, bahkan ia mampu menjimatkan sumber kewangan negara. -MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: