Malaysia Airlines antara yang pertama uji ‘IATA Travel Pass’

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines merupakan antara syarikat penerbangan global pertama yang sedang menguji ‘IATA Travel Pass’ – aplikasi telefon mudah alih bagi pengesahan kesihatan secara digital.

Sebagai persediaan sebelum memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital di aplikasi mudah alih sendiri, Malaysia Airlines menjelaskan ujian ke atas pas perjalanan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) itu akan melibatkan penumpang penerbangan dari Kuala Lumpur ke London bagi tempoh 29 April hingga 27 Mei, 2021.

“Penumpang terpilih bagi perjalanan menerusi penerbangan MH4 pagi ini menjadi yang pertama mendapat akses kepada aplikasi baharu tersebut.

“Ia menyediakan semua maklumat yang perlu diketahui penumpang dalam satu aplikasi mudah dan senang digunakan,” menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebagai permulaan, hanya penumpang yang menggunakan telefon bimbit dengan sistem pengoperasian iOS sahaja yang akan mempunyai akses kepada aplikasi tersebut.

Aplikasi tersebut merupakan langkah seterusnya bagi usaha Malaysia Airlines untuk melancarkan semula perjalanan yang selamat dan terjamin — menerusi kerjasama kerajaan, pihak berkuasa sempadan, rakan syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan lain untuk merealisasikannya.

“Ujian tersebut juga dapat membentuk versi akhir Pas Kesihatan Perjalanan Digital syarikat penerbangan ini secara sewajarnya, dengan mengambil kira faktor teknikal dan budaya supaya ia menjadi lebih mesra pengguna dan penumpang,” jelasnya.

Menurut Malaysia Airlines, aplikasi rintis ‘IATA Travel Pass’ akan membolehkan syarikat penerbangan memperkemas, memperbaik dan meningkatkan usaha untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses oleh penumpang, di samping mengekalkan piawaian pematuhan dan keselamatan tertinggi. –Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: