Yakeb dan Perbadanan Prima Malaysia raikan bekas atlit kebangsaan

1 Mei 2021, AMPANG: Kerjasama antara Perbadanan Prima Malaysia bersama Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (Yakeb), meraikan 34 bekas atlit dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Bekas Atlet Kebangsaan Dan NGO di Hotel De Palma, Ampang.

Sumbangan tersebut adalah suatu inisiatif menghargai jasa dan keringat individu-individu yang telah mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, turut hadir ke majlis ini.

“Sebagai seorang bekas atlit, saya sangat terkesan mendengar keadaan terkini bekas-bekas atlit ini setelah mereka bermati-matian memberi yang terbaik buat negara ketika zaman kegemilangan mereka.” kata Zuraida yang pernah mewakili pasukan softball negara suatu masa dulu.

Antara atlit yang diraikan pada majlis ini adalah bekas Juara Bina Badan Heavyweight Mr Asia, Datuk Malek Noor dan Lagenda Berbasikal Negara, Rosman Alwi serta ramai lagi.

“Alhamdulillah, sehingga kini sebanyak 80 peratus kelulusan boleh diberikan atas permohonan kediaman yang diketengahkan Yakeb bagi 62 orang bekas atlit yang dikenalpasti dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.” tambah Zuraida lagi.

Selain Yakeb, petang ini Datuk Zuraida Kamaruddin turut hadir menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Anakku Anakmu Selangor, PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Indah, Persatuan Penduduk Fasa 2 dan Surau Nurul Hikmah. _PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: