PEMBAYARAN FASA 2 BPR MULAI 7 MEI 2021

4 Mei 2021, PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan telah memaklumkan pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Fasa 2 bermula pada 7 Mei ini. Pemakluman ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz melalui laman rasmi FB beliau.

✅Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibayar secara berperingkat mulai 7 Mei 2021, melibatkan peruntukan RM2.75 bilion bagi 8.4 juta penerima.

✅Peruntukan ditambahbaik: kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600 (berbanding sebelum ini di mana kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150)

✅Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan berikut; https://bpr.hasil.gov.my

✅Pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 7 hingga 12 Mei 2021.

✅Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak): Pembayaran akan dibuat mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan BSN.

✅Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

✅Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung Kerajaan yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion (merangkumi BPN2.0 RM1.91b + BPR Fasa 1 RM1.93b + BPR Fasa 2 RM2.75b)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: