Teori Kamal Hatta: PH Selangor gagal urus penularan wabak Covid-19

Aku hairan dengan beberapa orang wakil rakyat PH nak tempelak kerajaan umum PKP enam daerah di Selangor. Mereka dakwa pelaksanaan PKP itu mengelirukan.

Kenapa wakil-wakil rakyat PH yang tempelak kerajaan Perikatan Nasional sebab PKP enam daerah di Selangor itu sedangkan itu permintaan kerajaan negeri Selangor sendiri. MB Selangor Amirudin Shari dah terang kata Selangor perlukan PKP untuk kawal penularan wabak.

Ini bermakna Task Force Covid-19 Selangor yang diketuai oleh Dr Dzulkefly Kuala Selangor sudah gagal besar. Lima bulan berturut-turut Selangor mendahului carta bai!

Lu orang bukak mata dan akal. Lima bulan berturut-turut Selangor menduduki ranking teratas kes positif harian level nasional. Walhal Sabah yang sebelum itu yang mencanak berbulan selepas PRN Sabah 26 September 2020 sekarang dah reda walaupun masih ada laporan kes positif harian.

Sebagai ketua Task Force Covid-19 Selangor, Dr Dzulkefly menyalahkan kerajaan Persekutuan kerana gagal memberi maklumat berkaitan untuk kemaskini info semasa. Takkanlah lu sebagai bekas Menteri Kesihatan gagal nak akses maklumat bai. Nampak sangat lu main politik jiwa koyak.

Amirudin dan Dr Dzulkefly sudah menjadi elemen kegagalan mengurus penularan wabak Covid-19 di Selangor. Rakyat Selangor patut persalahkan mereka berdua ni. Kerajaan Perikatan Nasional sudah buat kerja yang sepatutnya melaksanakan peranan Persekutuan mengawal penularan wabak.

Tak pasal-pasal warga Selangor kempunan nak balik beraya di kampung masing-masing dek PKP enam daerah. Ini adalah kegagalan lima bulan berturut-turut Amirudin dan Dr Dzulkefly.

Ada pulak wakil-wakil rakyat PH di Selangor cuba membina naratif baru dengan menggunakan isu penularan wabak Covid-19 yang meningkat membantai dan membuat kecaman keras kononnya kerajaan Perikatan Nasional adalah ‘pemerintah minoriti’ yang zalim kerana membiarkan rakyat menerima bahana Covid-19. Mereka cuba mengalihkan beban punca Covid-19 menular di Malaysia adalah kesilapan kerajaan PH dahulu yang masih membenarkan kemasukan warganegara China ke negara ini walaupun dah tau dan diberi amaran oleh WHO yang Covid-19 sudah membarah di China waktu itu.

Siapa Menteri Kesihatan waktu itu? Takkan Dr Dzulkefly gagal berperanan untuk menasihati kabinet PH agar membuat langkah-langkah awal menyekat penularan supaya dapat dibendung?!

Beban penularan itu dipikul oleh Perikatan Nasional dan ternyata ia berjaya untuk lima bulan pertama. Jangan buat-buat lupa bai, Malaysia waktu itu menjadi negara paling efektif mengawal penularan wabak Covid-19 dan diangkat sebagai lima negara di dunia mengurus situasi Covid-19.

Kalau PH masih memerintah dengan sikap awal menteri-menteri mereka waktu itu meremehkan potensi penularan wabak Covid-19, dah pasti hari ni kes positif lagi tinggi melebihi empat ribu kes!

Akhirnya Amirudin terpaksa meminta kerajaan Persekutuan untuk bantu kawal penularan wabak Covid-19. Sepatutnya dia berbuat sedemikian lebih awal dan buang ego politik kepartian.

_Kamal Hatta
Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: